Cara Penggunaan

Lima Langkah Mudah Menggunakan biocerumTM

Langkah 1


Cuci muka dengan bersih menggunakan pencuci muka yang sesuai bagi memastikan wajah bebas daripada sebarang kotoran dan sisa solekan yang masih melekat sebelum tidur. Lap sehingga kering bahagian muka dan leher. Pastikan telapak tangan dibersihkan dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum menggunakan serum.

Langkah 2

Buka penutup mengikut tanda arah yang terdapat pada penutup botol sehingga terbuka kepingan logam dan titiskan serum ke telapak tangan.

Langkah 3

Ratakan Serum ke seluruh permukaan kulit muka dan leher dengan sekata.


Langkah 4

Buat urutan ringan pada wajah selama 3 hingga 5 minit untuk memastikan Serum dapat diserap sepenuhnya.

Langkah 5

Biarkan serum pada kulit semalaman.


**Pelembab / moisturiser boleh juga digunakan selepas langkah ini.