Monday 1 August 2011

Wajah merupakan pengenalan diri anugerah yang maha kuasa kepada setiap manusia. Seseorang itu amat mudah dikenali melalui wajah mereka selain daripada anugerah yang lain seperti suara, pergerakan, bentuk fizikal, bau badan dan lain-lain. Maka tidak hairanlah pelbagai produk penjagaan wajah dikeluarkan dan pusat-pusat penjagaan wajah juga tumbuh seperti cendawan selepas hujan bagi memenuhi permintaan ramai. 


Kulit wajah juga sama seperti anggota-anggota badan yang lain memerlukan vitamin dan nutrien yang secukupnya untuk kekal cantik dan segar setiap masa. Kos hidup, kesibukan tugas dan kurangnya maklumat berkenaan penjagaan wajah menyebabkan kebanyakan orang  kurang memberi perhatian kepada kulit wajah. Selalunya kita akan bertindak apabila masalah-masalah kulit muka tersebut telah jelas kelihatan. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa banyak produk-produk penjagaan kulit muka di pasaran hanya menangani masalah kulit muka melalui lapisan luar kulit sahaja. Tidak dinafikan bahawa produk-produk tersebut boleh mengurangkan masalah kulit muka dengan membuang kotoran-kotoran di bahagian permukaan kulit muka. Tetapi cucian di bahagian luar sahaja adalah tidak lengkap kerana masalah kulit muka kebanyakannya berpunca daripada lapisan dalam kulit. Kesibukan tugas dan kos rawatan di spa atau pusat penjagaan wajah yang memberi tumpuan kepada rawatan dalaman  menyebabkan ramai orang tidak berkesempatan untuk mengunjungi pusat-pusat rawatan ini. Kekurangan nutrien dan zat yang diperlukan oleh kulit boleh mengundang masalah-masalah di bawah: 

*Jerawat 
*Parut jerawat
*Kulit berminyak
*Kulit kusam dan berjeragat
*Bintik-bintik putih dan hitam
*Kulit kering dan tak bermaya
*Garis halus penuaan dan kedutan


FACE BEAUTY SERUM


Face Beauty Serum atau serum muka merupakan sejenis cecair jernih yang mengandungi zat dan nutrien yang diperlukan oleh kulit. Ianya diproses menggunakan teknologi nano yang mempunyai molekul yang sangat kecil dan boleh menyerap hingga ke lapisan kulit yang paling dalam dan seterusnya memberi rawatan kepada kulit daripada dalam. Manakala, pelembab atau krim kecantikan mempunyai molekul yang lebih besar sesuai dengan fungsinya untuk membuang kotoran atau merawat lapisan luar kulit. Dalam pasaran masa kini, serum muka merupakan evolusi industri kosmetik yang dibuat daripada pelbagai bahan dan bentuk yang berfungsi menangani masalah-masalah tertentu kulit.




Face Beauty Serum, Rejuvenate Signature Course keluaran BiocerumTM merupakan set lengkap serum yang sesuai untuk keperluan kecantikan masa kini. Ianya merupakan pelengkap kecantikan wajah pertama di Malaysia yang mempunyai 4 fungsi berbeza dalam satu kotak dan boleh digunakan sehingga sebulan. Pelbagai masalah kulit muka dapat diselesaikan dengan satu kotak serum daripada BiocerumTM. Kini, tiada masa dan kos bukan lagi alasan untuk anda mengabaikan penjagaan kulit wajah anda. Ini kerana Face Beauty Serum, Rejuvenate Signature Course keluaran BiocerumTM sangat mudah digunakan, suci, bersih, HALAL, harga yang berpatutan dan telah mendapat kelulusan daripada Bahagian Farmaseutikal, Kementerian Kesihatan Malaysia. Rejuvenate Signature Course sesuai digunakan oleh LELAKI DAN WANITA.